MELAKA BAKAL DAPAT KETUA MENTERI BARU?!!


MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mengesahkan sedia bertanding di kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-13, sekali gus menamatkan spekulasi beliau berhasrat melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka.

Beliau berkata, hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Ramai juga yang sedia maklum tentang perkara ini namun keputusan terletak di tangan Perdana Menteri," katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada murid Sekolah Kebangsaan Dato Palembang di sini, hari ini.

Beliau yang diminta mengulas khabar angin berhubung hasratnya melepaskan jawatan ketua menteri untuk kembali berkhidmat di peringkat pusat, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi.

Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang kesembilan menggantikan Datuk Seri Abu Zahar Isnin pada 2 Disember 1999.

Beliau sebelum itu pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kesihatan.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, pembahagian kerusi bagi pilihan raya umum ke-13 di Melaka telah selesai dan dipersetujui semua parti komponen Barisan Nasional (BN).
"Tidak ada perubahan baru buat sementara ini dan kita akan ikut cadangan awal yang telah dikemukakan kepada Pengerusi BN sebelum ini," katanya.

Katanya, berdasarkan perancangan sekarang, hanya kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana yang sebelum ini ditandingi MCA, akan diserah kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk ditandingi Pengerusi PPP negeri Datuk Chiw Tiang Chai. - BERNAMA

* Yang penting kita kena pastikan Ketua Menteri seterusnya mesti berugama Islam dan Melayu serta dari BN.. bukan dap yang jadik KM Melaka.

1 Komen:

  1. Aku rasa Melaka beruntung mendapat Ketua Menteri seperti beliau yang mana aku lihat, di bawah tangan beliau, Melaka semakin maju dan makmur dan sentosa dan kalau aku nak makan angin bersama keluarga, memang Melaka jadi pilihan.

    Sebabnya, Melaka sentiasa tenang dan damai. Suasana Melaka memang unik. Kampung Melayu masih terjaga dan kekal indah. Kawasan bandar pesat membangun. kawasan rekreasi yang memang banyak dan pendek kata, Melaka memang bertuah mendapat KM seperi Beliau.

    Kalau beliau pindah, mungkin Melaka terus maju dan membangun. Jika beliau tak pindah, mungkin beliau akan terus memajukan Melaka.

    Apapun selamat maju jaya dan kita akan bertempur di PRU13 nanti.

    BalasPadam

Komen korang kalau ade dakwa dakwi..aku tak mau tanggung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...